Entry kali ini aku nak citer pasal cafe yang aku pegi waktu petang smalam iaitu FRESCO CAFE & Laundry! Lokasi bertempat di TTDI Jaya tak jauh dari Stesyen Minyak Shell. Cafe ni sebenarnya bersebelahan dengan kedai DOBI (owner yang sama), dan Cafe nih dijalankan oleh orang-orang muda Melayu. Once bila masuk kat dalam kedai, korang akan rasa satu environment agak berbeza (rasa macam cozy je) tambahan pula hiasan di dinding cafe ada banyak kata-kata motivasi dan penaik semangat, memandangkan jalan kawasan kedai TTDI jaya tu yang agak semak dengan kedai-kedai lama Cina serta iklan2 haram di sekeliling kawasan kedai.
Kemudian aku nak try apa yang ada kat cafe nih. Menu utama yang agak menarik kalau korang nak snacks ringan-ringan “western style”, aku cadangkan WAFFLE kat sini agak sedap dan ada macam-macam jenis TOPPING yang korang boleh pilih. Menu-menu lain seperti Homemade Burger, Sandwich, Pasta pun boleh tahan jugak rasanya. Walaupun kita tengok macam simple dan boleh buat sendiri dirumah tapi kemalasan nak prepare tu ditahap tinggi, so cafe ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Tambahan pula harganya pun tidaklah terlalu mahal dan setiap Makanan & Minuman yang ada memang kena dengan harganya.
Minuman pula masa ni aku order Hazelnut Coffee, dan aku dapat agak maybe dia pakai sachet OLTOWN HAZELNUT COFFEE tu coz rasa pun lebih kurang sama walau ada rasa cair skit (maybe pasal ais dah cair kot masa aku minum). Walauapapun it’s a nice cafe untuk lepak-lepak minum dengan member-member. Maybe tak boleh ramai-ramai sangat kot pasal cafe kecik dan table pun taklah banyak… Namapun cafe…
4 BINTANG!
Follow Instagram: FRESCO_TTDIJ
Fresco Cafe
27, Jalan Opera E U2/E
Taman TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor
Maps: Fresco Cafe